Melayu.

In this day & age, what it means to be Malay has been re-defined and warped by all sorts of twisted organizations represented by even twisted people. And yet, we're constantly reminded to "fight for our race" and "remember our roots". This goes out to all the Malays out there who feel suppressed, oppressed, but in their hearts of hearts are still very proud to be Malay. 

Aku Melayu.
Walaupun aku ditindas oleh universitas yang dipenuhi dengan bangsaku sendiri,
Kerana ku tidak berbahas dalam bahasa yang disenangi, 
Aku masih diingati,
Yang aku ini,
Melayu.

Walaupun ibuku dihina, 
Kerana berbangsa Cina, 
Dan dituduh haram kerana pernah makan babi,
Aku masih diingati,
Yang aku ini,
Melayu.

Aku ditegur tidak menutup aurat,
Dan dikatakan tidak sopan sangat,
Kerana cara percakapan ku kasar,
Dan kelakuan tidak ayu,
Aku tetap diingati,
Yang aku ini,
Melayu. 

Walaupun bangsaku menghina LGBT,
Kakakku yang mak nyah tidak mendapat simpati,
Cinta aku kepada perempuan tidak diterima,
Oleh bangsaku yang menggalakkan perkahwinan dua tiga,
Aku tetap diingati, 
Yang aku ini,
Melayu.

Sebenarnya aku bangga,
Satu bangsa dengan pahlawan seperti Hang Tuah,
Dan seniman berbakat seperti P Ramlee,
Tetapi,
Aku tetap sedih apabila aku diingati,
Yang aku ini,
Melayu.

Kerana Melayu zaman sekarang tidak sama dengan dulu,
Sering sekali ingin memisahkan semua orang kepada suku,
Tidak ingin lagi mengeratkan silaturahim,
Hanya ingin mengikut fatwa dari JAKIM, 
Dan menyuruh anak muda untuk mengingati,
Yang mereka ini,
Melayu.

Cintaku pada bangsa aku simpan di hati,
Kerana dalam masyarakat ini amat susah untuk difahami,
Bagaimana seorang boleh digelar Melayu kalau tidak masuk UMNO,
Yang liberal juga dengan gelaran Melayu tak ada jodoh.

Aku penat dengan arahan,
Panduan bagaimana hendak jadi Melayu sebenar,
Dengan itu, 
Dalam hatiku,
Aku mengingati sahaja, 
Yang walau apa pun,
Aku tetap,
Melayu.

- SB
4.55am, 14th July 2016
Ghetto HQ




SB is a conflicted soul of sorts, who is mad enough to go chase after what she really loves as opposed to conform to society and her mother's idea of a successful person. She prays she makes it in life, because she will not be able to tolerate the nagging that would follow if she doesn't. Her inspiration comes from everything around her, as well as made up situations in her head. Good luck distinguishing between the two. 

Comments

Popular posts from this blog

Swinging From Memory To Memory

2020

Siren Serenade